AFFILIATE BERSAMA GREEN MATRIX CAR RENTAL

cari kereta sewa penang dengan harga berpatutan disini

Servis kereta sewa di pulau pinang dengan harga yang sangat berpatutan disini

kereta sewa
Penang sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik..jadi jika anda berada di pulau pinang pastikan anda tidak lupa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini.

Antara tempat menarik bagi kami di Oh kereta Sewa ialah Bukit Bendera,Batu Feringghi,Taman Tema Escape dan Taman Negara.

Taman Negara Pulau Pinang atau pun dikenali Penang National Park merupakan Lokasi yang sangat terkenal dikalangan pelancong tempatan dan juga pelancong yang datang dari luar negara. 

Taman negara ini terkenal dan diantara dalam senarai top 10 lokasi didalam Penang.Selain daripada itu,taman negara ini juga telah dianugerahi "Ceritificate of Excellent 2013" dari Tripadvisor.

Di pulau pinang juga banyak tarikan-tarikan yang lain dan di antaranya adalah Pantai Keracut dan juga Pantai Teluk Duyung aka Monkey Beach. 


Pantai Keracut ni terletak di dalam kawasan Taman Negara juga,aktivi-aktiviti di sini tertakluk di bawah undang-undang,jadi anda dinasihati untuk tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang.
Muka Head Lighthouse yang terletak kira-kira 5.1 km dari pintu masuk taman negara. Laluan untuk ke rumah api ini sebenarnya agak mencabar dan anda akan melalui kawasan hutan,pantai dan bukit. 

Masa yang diambil untuk sampai ke sana kira-kira 2 hingga 3 jam.

Tempat pelancongan di pulau pinang 


Jambatan Pulau Pinang

Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang.Disinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang terletak.Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia dan panjangnya ialah 13.5km.

Sememangnya ia menawarkan satu lokasi yang mengujakankepada anda nanti.Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut,silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi.Anda pasti terkejut melihatnya nanti.



Bukit Bendera

Bukit Bendera yang terletak 380 meter dari atas paras laut mempunyai 1 stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit.Stesen keretapi ini adalah klasik kerana ianya telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. 

Anda boleh menaiki ke puncak bukit bendera ini dengan menggunakan kereta api atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan.

Diatas puncak bukit ini,anda akan dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang.Bayaran masuk ke bukit Bendera ini berharga sekita RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Jadikan tempat ini satu lokasi untuk menerima pengalaman percutian yang menarik yang dilakukan bersama keluarga anda. 

Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam

Tokong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara.Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. 

Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas.Dan ianya telah mengambil masa selama 20 tahun untuk membina dan menyiapkan tokong ini. 

Dalam tokong ini terdapat taman-taman yang indah,kolam kura-kura,skulptur yang unik serta makam.

Fort Cornwallis di Lebuh Light

Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. 



Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.

Tempah kereta sewa anda di pulau pinang sekarang

Jika anda mencari kereta sewa disekitar pulau pinang kami sedia membantu anda dengan memberikan khidmat sewa kereta kepada anda dengan kadar harga yang sangat berpatutan.Kami juga sedia memberikan servis penghantaran kereta kepada pelanggan ke lokasi yang diminta(beergantung pada tema dan syarat).

Untuk mula menempah kereta sila klik pada butang booking dibawah sekarang.

booking sekarang

0 Komen untuk "cari kereta sewa penang dengan harga berpatutan disini"

Sila komen berhemah dibawah