AFFILIATE BERSAMA GREEN MATRIX CAR RENTAL

Khidmat kereta sewa shah alam dengan harga terbaik

kereta sewa di shah alam dengan yang harga terbaik bersama servis penghantaran kepada pelanggan

Shah Alam

Anda mencari kereta sewa untuk berjalan dikawasan shah alam atau ingin pergi ke tempat lain atas urusan kerja mahupun peribadi?jangan bimbang Oh kereta sewa menyediakan khidmat mencari kereta sewa kepada anda,sebelum itu izinkan kami berkongsi sedikit info tentang tempat-tempat menarik di shah alam.(Atau anda boleh pergi terus kebawah untuk menempah kereta sewa)

Shah alam sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk anda lawati diantaranya taman Pertanian,mini zoo,rumah 4 musim,tasik shah alam dimana keluasan kawasan tasik ini anda boleh melakukan aktiviti berjogging,bermain badminton atau pun menaiki angsa dalam tasik.

Di Wet World anda boleh bermandi manda dan bersuka ria di taman tema air ini.Di mall SACC mempunyai banyak kedai yang menjual barangan bayi,amat sesuai untuk keluaga mencari barangan bayi mereka disini. 

Plaza Alam sentral pula mempunyai banyak kedai yang menjual tudung dan juga kedai yang menjual barangan hiasan didalam rumah dengan harga minima serendah RM1. 

Jika anda ingin print atau membuat gambar saiz pasport yang murah anda boleh  pergi ke kedai Sigma di tingkat bawah dengan RM10 untuk 30 keping gambar. 

Shah Alam Mall di seksyen 9 pula mempunyai kedai menjual baju kurung yang cantik serta murah dibahagian tingkat paling bawah,manakala di anggerik Mall PKNS adalah tempat yang paling popular untuk membeli pakaian ketika menjelangnya hari raya.

Aquarium Shah alam
Aquarium Shah alam yang kedudukan bersebelahan dengan wet world(berhampiran dengan UITM) tempat ini sangat terkenal kepada penggemar dengan pelbagai jenis ikan.Masuk percuma adalah percuma dan ikan-ikan disini pula bukanlah untuk dimakan tetapi hanyalah sekadar untuk ditatap. 

Dari sekecil-kecil anak ikan gapi, sampai sebesar-besar ikan Arapaima sepanjang lebih 2 meter pun ada terdapat disini.Kelisa yang berharga berpuluh-puluh ribu dan macam-macam jenis lagi ikan disini boleh dibeli jika anda mahu.

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam
Di bina di atas tanah seluas 817 hektar, Taman Botani Negara (TBSA) di Shah Alam (dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah) adalah kebanggaan warga Shah Alam kerana ia merupakan taman hutan pertanian terbesar di dunia.
Walaupun taman ini direka sebagai pusat penyelidikan, ia juga dibuka untuk kunjungan kepada orang awam untuk tujuan riadah.


Tarikan Pengunjung

Taman Haiwan 

Bawa anak-anak anda ke taman haiwan sebesar 72 hektar ini untuk melihat dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu dan ayam yang diternak oleh penyelidik taman.

Anda juga boleh melihat spesis burung-burung eksotik yang jarang ditemui.
Taman Empat Musim 

Ingin rasai kecantikan dan keseronokan berada di luar negara hanya dengan berada di Shah Alam? Nikmati keindahan musim bunga, kehangatan musim panas, daun-daun kering di musim luruh dan kesejukan musim sejuk semuanya di Taman Empat Musim di TBSA.

Taman Rempah 

Lihat dan pelajari mengenai pohon-pohon herba, pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan dan tumbuhan minuman yang ditanam di atas tanah seluas 16 hektar.

Taman Kaktus 

Terdapat lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ditemui di Mexico.

Taman Buah Tropika 

Taman Buah Tropika seluas 36 hektar ini mengandungi pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan cempedak. Anda boleh melawat rumah kelapa — sebuah rumah yang dibina dari bahagian-bahagian pokok itu dan melihat produk-produk lain berasaskan kelapa yang juga dipamerkan di dalam rumah tersebut.

Aktiviti Yang Boleh Anda Sertai

Berkhemah 

Terdapat lebih daripada 100 tapak perkhemahan di Taman Botani untuk menampung keluarga, kanak-kanak sekolah atau syarikat. Kawasan ini juga mempunyai amfiteater, surau, trek hutan dan kemudahan barbeku.

Paintball 

Pelawat juga boleh melibatkan diri dalam permainan perang olok-olok atau paintball di Lembah Paintball. Pakej bermula dari RM 100.

Hubungi Lukas 017-683 0273 atau Geges 017-386 0346 untuk tempahan.
Skytrex Adventure Park 

Pada hujung minggu anak-anak dan orang dewasa boleh berkunjung ke Skytrex Adventure Park untuk beraksi bergayut dan menempuh halangan buatan manusia dari pokok ke pokok di dalam hutan ini.

Memancing 

Jika anda hantu pancing, anda boleh mencuba kehebatan anda menaikkan ikan di Empangan Sungai Kuning. Hubungi Nik: 012-3246959 atau Malek: 012-2627387 untuk maklumat lanjut.

Kemasukan

Harga Tiket 

Taman ditutup pada setiap Isnin

Dewasa (12 – 54 tahun): RM 3
Kanak-kanak (6 -11 tahun): RM 1
Warga emas 55 tahun ke atas: RM 1

Cara ke Sana

Kenderaan sendiri/sewa atau teksi 
Taman ini terletak kira-kira 1 jam dari KL. Dari Lebuhraya Persekutuan, susur keluar di Bandar Shah Alam. Kemudian ikut papan tanda ke taman. Tambang teksi adalah kira-kira RM 20 dari Kuala Lumpur dan RM[/currency]10dari Klang.


Kereta sewa di shah alam


kereta sewa shah alam

Jika anda mencari kereta sewa di shah alam,kami ada menyediakan servis sewaan kereta pelbagai jenis dari kereta kecil hinggalah kepada MPV sesuai jika anda datang secara berkeluaga.Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan yang penting keselesaan anda menjadi keutamaan kami.

Kami juga menyediakan servis penghantaran kereta sewa terus kepada anda di shah alam seperti airport,downtown atau mana-mana tempat yang diingini oleh anda.Anda boleh tempah sekarang melalui online dengan klik dan pilih negeri dibawah ini.


1 Komentar untuk "Khidmat kereta sewa shah alam dengan harga terbaik"

Salam tuan tanah.tumpang iklan..
Estima utk disewa bolehla hubungi sy cikgu nor area klang@shah alam..019-2222777

Saga baru en hafizal 017-8483113.
Terima kasih

Sila komen berhemah dibawah